Rabu, 15 Oktober 2008

Nasrallah&perjuangan Hizbullah






Bagi kebanyakan masyarakat Arab, pendebatan mengenai siapa yang memenangi peperangan di antara tentera kafir Israel dengan pejuang mujahiddin Hizbullah telah selesai.


Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah telah dapat kedengaran dalam lagu-lagu yang dinyanyi di kelab malam di Syria dan juga melalui siaran radio Palestin. Di Mesir, Namanya merupakan nama yang paling laris untuk dinamakan kepada bayi yang baru lahir. Di Baghdad, poster yang meraikan kemenangannya menghiasi setiap jalan-jalan. Golongan Islam dan sekular kini bersatu dalam mengisytiharkan Nasrallah sebagai 'Singa Islam" yang baru.

Kejayaannya memimpin sebuah pertubuhan yang berjaya mengalahkan sebuah kuasa besar dunia yang selama ini diagong-agongkan telah mendapat perhatian di seluruh dunia.

Di Lubnan, penderitaan yang dialami oleh rakyat hasil dari peperangan tersebut telah dibantu oleh Hizbullah. Apa yang dilakukannya seolah-olah telah mencabar kerajaan Lubnan samada dari segi mempertahankan bumi dan rakyat Lubnan dari dicerobohi oleh tentera kafir Israel atau dalam usahanya menyampaikan bantuan kepada rakyat Lubnan yang berada dalam penderitaan.

Apa lagi, persepsi Nasrallah sebagai juara baru Arab - mengantikan pemimpin sekular, Yasser Arafat - telah memindahkan sokongan kepada pemimpin Islam yang dikatakan tidak pernah menyeleweng sebagaimana pemimpin sekular selama ini.

Sokongan terbesar dari populariti Nasrallah muncul dari kalangan rakyat Syria dan Palestin.

Alaa Abul Heijah, pemimpin Firkat Ishaman, sebuah kumpulan musik di bandar Jenin, Tebing Barat berkata bahawa beliau memutuskan untuk menulis satu lagu untuk didedkasikan kepada Nasrallah selepas melihat klip video serangan Israel ke atas Qana. Hasilnya telah muncul sebuah lagu yang mengelarkan Nasrallah sebagai "the Hawk of Lebanon (Helang Lubnan)" dan kini menjadi salah sebuah lagu perang yang paling popular.

Di Damsyik, poster Nasrallah bersama-sama kanak-kanak atau Nasrallah diberi hormat oleh Presiden Syria Bashar al-Assad dan Presiden Iran Mahmoud Ahmadenejad telah memenuhi kedai-kedai dan kereta-kereta. Malah penyanyi telah membawa lagu-lagu perjuangannya ke dalam kelab-kelab malam popular di mana arah bercurah-curahan dan para penari Syria turut menari mengiringi lagu perjuangannya di seluruh dunia Arab.

Walau bagaimanapun, sikap sesetengah Sunni Syria dan Palestin masih ragu-ragu tentang saudara mereka dari kalangan Syiah seperti Iran dan Hizbullah. Tetapi sejak akhir-akhir ini di atas kepentingan bersama, mereka kelihatan boleh bersama. Abdel Majid Sweilem, seorang professor sains politik di universiti al-Quds di Jerusalem berkata ramai rakyat Palestin merasa terperangkap dalam perkara yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya dalam situasi Iran-Amerika. "Kami tidak mahu menjadi sekutu Iran, tetapi kami tidak mahu juga terlibat dengan Amerika," kata Sweilem.

Tetapi bagi kebanyakan rakyat Palestin, ramai meluahkan kegembiraan terhadap apa yang dianggap sebagai kejayaan menentang Israel. Omar Shaban, seorang penganalisis politik yang berpusat di Gaza berkata kejayaan Hizbullah adalah kejayaan terbaik sejak berabad-abad yang dulu. Nasrallah merupakan contoh pemimpin yang diimpikan oleh Palestin," kata Shaban.

Itulah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan orang-orang Arab. "Beliau adalah pemimpin pertama yang berjaya mengalahkan Israel. Beliau tidak tinggal dalam istana atau memandu mercedes. Beliau hidup bersama-sama para pejuang dan rakyatnya," kata Mahmoud Mahrouf, seorang guru sekolah tinggi di Kaherah. "Nasrallah adalah satu-satunya pemimpin Arab yang sebenar sekarang ini."

Sokongan yang diterimanya datang dari seluruh Arab, terdapat tanda-tanda bahawa kebangkitan Nasrallah di rantau itu akan menambahkan penentangan terhadap Amerika dan Israel.

Menurut satu artikel oleh Saad Eddin Ibrahim, pengerusi Pusat Ibn Khaldun, Kaherah, undian selepas perang yang dibuat oleh golongan pemikirnya mendapati orang-orang Mesir menganggap Nasrallah adalah pemimpin rantau yang paling penting. Dalam ranking satu ke lima adalah presiden Iran, Mahmoud Ahamdinejad, Khalid Mishal, Hamas, Osama bin Laden, dan Mahdi Akef, Ikhwanal Muslimoon.

Semasa perang, Mahdi Akef, pemimpin tertinggi Ikhwanal Muslimoon telah membuat ulasan bahawa pertubuhannya akan kembali mengangkat senjata yang telah lama ditinggalkan.

Dengan tekanan dari golongan muda yang bersemangat, beliau berkata bahawa Ikhwanal Muslimoon telah bersedia untuk menghantar seramai 10,000 pejuang yang akan erjuang bersama-sama degan Hizbullah, dan berikutan itu beliau mengutuk Presiden Mesir Hosni Mubarak dan seluruh pemimpin umat Islam lain yang meninggalkan Lubnan sendirian dizalimi oleh tentera kafir Israel.

"Jika pemimpin Arab bukan dari kalangan orang Islam, pasti kami akan membunuh mereka kerana mereka merupakan ancaman kepada negara lebih dari Israel itu sendiri," kata Akef. Ucapan tegasnya telah disambut oleh pemerintah Mesir dengan menangkap seramai 17 anggota Ikhwanal Muslimoon pada harui Jumaat yang lalu.

Sekutu rapat AS seperti Mesir dan Arab Saudi telah mendapat kecaman yang heat dari rakyat mereka sendiri kerana tidak membantu Hizbullah semasa perang.

Tiada ulasan: