Ahad, 27 Disember 2009

aidil adha....






aidil adha taun ni aku smbut kat meset ngan kawan.....biasa la raya kat mesir ni....x semewah di malaysia....ketupat tu ada la skit..tu pon ktupat segera mat rosim ni bwk.....makan je la....raya taun ni biasa2 ja....pas semayang raya balik umah tidoq....hahahah..tu la aktiviti yg kurg berfaedah...kawan2 aku smua pakat p markaz tonto p lapah korban....ada lembu,unta kambing.....syoq dpa noh....dapat daging balik buat sup tulang....makan smbil tgk bola ....hahah

selamat tinggal semua......





selamat tinggal pada semua...ayah,mak,wan,tok,kak2.abg2,pak nakan.maknakan.tokcik smua............rasa sayu ja bla nak bepisah...nnti kita jumpa lain nah...sayang semua...

terima kasih kawan2ku di malaysia





terima kasih dan kwan2...........aku seronok sgt dapat jmpa hampa smua.......semoga kita semua dapat jmpa lg nnti.....dan selamat tinggal...

kedatangan ahli baru......






hmmmm....beberapa hari smpai kat malaysia...betambah lagi ahli kuarga aku....namanya ainun mardiah...bidadari bermata biru..hahahha...anak saudara yg ke 4...kira 2 bulan la kak aku ni blik dok kat kg...x la snyi sgt aku...klo x.aku dok umah ngan ayah ngan mak aku ja...skurang2 kehadiran kak aku ngan anak2 dia dapat gak menceriakan aku.....bleh bmain ngan anak saudara...aku ni leh dikatakan jadi orang gaji la.....qeja masak kat kak aku...memandangkan mak x berapa shat....si ainun ni comel la gak skit2.hahahaha

sudah lama tidak menulis....

alia hannan



aisyah humaira
alhamdulillah...akhirnya dapat jgk aku menulis setelah beberapa bulan bercuti di malaysia....pulang kemalaysia menziarahi ibu bapa dah keluarga....rasa rindu pada mereka...skurang2 dapat juga melihat orang baru dalam keluarga yg x sempat aku melihat lagi sebelum ni...terutamanya kehadiran kakak ipar aku yg baru...selepas itu kehadiran anak menakan yg kedua...aisyah humaira..yg kini berusia hampir 2 tahun..kemudian kehadiran permata sulung abg aku....alia hannan...yang kini berusia setahun...kemudian kehadiran abg ipaq baru...bro aku panggil dia...orang yg agak sporting dan merapu cam aku....aku balik malaysia dapat jga aku jmpa ngan mereka smua...tp yang utama aku balik kerna kesihatan mak aku yg aku sayang...kesihatan yg tidak menentu...alhamdulillah slama aku balik..kesihatan mak aku semakin baik...

Isnin, 8 Jun 2009

kenduri keluarga kat kampung


ni la suasana kenduri kat kg aku.....tok aji ni la tok wan aku..



suasana kat tepi laut...

Rabu, 15 Oktober 2008

Nasrallah&perjuangan Hizbullah






Bagi kebanyakan masyarakat Arab, pendebatan mengenai siapa yang memenangi peperangan di antara tentera kafir Israel dengan pejuang mujahiddin Hizbullah telah selesai.


Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah telah dapat kedengaran dalam lagu-lagu yang dinyanyi di kelab malam di Syria dan juga melalui siaran radio Palestin. Di Mesir, Namanya merupakan nama yang paling laris untuk dinamakan kepada bayi yang baru lahir. Di Baghdad, poster yang meraikan kemenangannya menghiasi setiap jalan-jalan. Golongan Islam dan sekular kini bersatu dalam mengisytiharkan Nasrallah sebagai 'Singa Islam" yang baru.

Kejayaannya memimpin sebuah pertubuhan yang berjaya mengalahkan sebuah kuasa besar dunia yang selama ini diagong-agongkan telah mendapat perhatian di seluruh dunia.

Di Lubnan, penderitaan yang dialami oleh rakyat hasil dari peperangan tersebut telah dibantu oleh Hizbullah. Apa yang dilakukannya seolah-olah telah mencabar kerajaan Lubnan samada dari segi mempertahankan bumi dan rakyat Lubnan dari dicerobohi oleh tentera kafir Israel atau dalam usahanya menyampaikan bantuan kepada rakyat Lubnan yang berada dalam penderitaan.

Apa lagi, persepsi Nasrallah sebagai juara baru Arab - mengantikan pemimpin sekular, Yasser Arafat - telah memindahkan sokongan kepada pemimpin Islam yang dikatakan tidak pernah menyeleweng sebagaimana pemimpin sekular selama ini.

Sokongan terbesar dari populariti Nasrallah muncul dari kalangan rakyat Syria dan Palestin.

Alaa Abul Heijah, pemimpin Firkat Ishaman, sebuah kumpulan musik di bandar Jenin, Tebing Barat berkata bahawa beliau memutuskan untuk menulis satu lagu untuk didedkasikan kepada Nasrallah selepas melihat klip video serangan Israel ke atas Qana. Hasilnya telah muncul sebuah lagu yang mengelarkan Nasrallah sebagai "the Hawk of Lebanon (Helang Lubnan)" dan kini menjadi salah sebuah lagu perang yang paling popular.

Di Damsyik, poster Nasrallah bersama-sama kanak-kanak atau Nasrallah diberi hormat oleh Presiden Syria Bashar al-Assad dan Presiden Iran Mahmoud Ahmadenejad telah memenuhi kedai-kedai dan kereta-kereta. Malah penyanyi telah membawa lagu-lagu perjuangannya ke dalam kelab-kelab malam popular di mana arah bercurah-curahan dan para penari Syria turut menari mengiringi lagu perjuangannya di seluruh dunia Arab.

Walau bagaimanapun, sikap sesetengah Sunni Syria dan Palestin masih ragu-ragu tentang saudara mereka dari kalangan Syiah seperti Iran dan Hizbullah. Tetapi sejak akhir-akhir ini di atas kepentingan bersama, mereka kelihatan boleh bersama. Abdel Majid Sweilem, seorang professor sains politik di universiti al-Quds di Jerusalem berkata ramai rakyat Palestin merasa terperangkap dalam perkara yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya dalam situasi Iran-Amerika. "Kami tidak mahu menjadi sekutu Iran, tetapi kami tidak mahu juga terlibat dengan Amerika," kata Sweilem.

Tetapi bagi kebanyakan rakyat Palestin, ramai meluahkan kegembiraan terhadap apa yang dianggap sebagai kejayaan menentang Israel. Omar Shaban, seorang penganalisis politik yang berpusat di Gaza berkata kejayaan Hizbullah adalah kejayaan terbaik sejak berabad-abad yang dulu. Nasrallah merupakan contoh pemimpin yang diimpikan oleh Palestin," kata Shaban.

Itulah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan orang-orang Arab. "Beliau adalah pemimpin pertama yang berjaya mengalahkan Israel. Beliau tidak tinggal dalam istana atau memandu mercedes. Beliau hidup bersama-sama para pejuang dan rakyatnya," kata Mahmoud Mahrouf, seorang guru sekolah tinggi di Kaherah. "Nasrallah adalah satu-satunya pemimpin Arab yang sebenar sekarang ini."

Sokongan yang diterimanya datang dari seluruh Arab, terdapat tanda-tanda bahawa kebangkitan Nasrallah di rantau itu akan menambahkan penentangan terhadap Amerika dan Israel.

Menurut satu artikel oleh Saad Eddin Ibrahim, pengerusi Pusat Ibn Khaldun, Kaherah, undian selepas perang yang dibuat oleh golongan pemikirnya mendapati orang-orang Mesir menganggap Nasrallah adalah pemimpin rantau yang paling penting. Dalam ranking satu ke lima adalah presiden Iran, Mahmoud Ahamdinejad, Khalid Mishal, Hamas, Osama bin Laden, dan Mahdi Akef, Ikhwanal Muslimoon.

Semasa perang, Mahdi Akef, pemimpin tertinggi Ikhwanal Muslimoon telah membuat ulasan bahawa pertubuhannya akan kembali mengangkat senjata yang telah lama ditinggalkan.

Dengan tekanan dari golongan muda yang bersemangat, beliau berkata bahawa Ikhwanal Muslimoon telah bersedia untuk menghantar seramai 10,000 pejuang yang akan erjuang bersama-sama degan Hizbullah, dan berikutan itu beliau mengutuk Presiden Mesir Hosni Mubarak dan seluruh pemimpin umat Islam lain yang meninggalkan Lubnan sendirian dizalimi oleh tentera kafir Israel.

"Jika pemimpin Arab bukan dari kalangan orang Islam, pasti kami akan membunuh mereka kerana mereka merupakan ancaman kepada negara lebih dari Israel itu sendiri," kata Akef. Ucapan tegasnya telah disambut oleh pemerintah Mesir dengan menangkap seramai 17 anggota Ikhwanal Muslimoon pada harui Jumaat yang lalu.

Sekutu rapat AS seperti Mesir dan Arab Saudi telah mendapat kecaman yang heat dari rakyat mereka sendiri kerana tidak membantu Hizbullah semasa perang.